Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa`at (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberi tahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemulianNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Surah Al Baqarah ayat 255







Saturday 18 February 2012

PELAN 3 DALAM 1 
( PROTECT INCOME +MEDICAL CARD+INVESTMENT )

Description

PELAN TAKAFUL dengan MANFAAT UTAMA

1. KAD PERUBATAN (MEDIASSIST) - HAD PERUBATAN BERMULA DARI RM500,000 DI HOSPITAL-HOSPITAL PAKAR - lebih daripada 60 buah hospital panel di seluruh negara
 
2. PAMPASAN KEMALANGAN (PA) - untuk membantu anda yang ditimpa kemalangan
 
3. PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL - meliputi 36 penyakit kritikal
 
4. PAMPASAN KEMATIAN UNTUK SAKIT BIASA (BESERTA JUMLAH SIMPANAN)
 
5. DANA KHAIRAT KAMATIAN - khairat kematian diberi kepada waris
 
6. ELAUN HARIAN HOSPITAL - pendapatan hospital semasa anda di wad
 
7. ELAUN PEMBEDAHAN - jika anda dibedah, anda juga akan menerima tambahan pampasan
 
8. PULANGAN SIMPANAN (PENGELUARAN PADA BILA-BILA MASA) - tertakluk kepada baki simpanan akaun peserta
 
9. TAKAFUL SAVER - SIMPANAN BERKAITAN PELABURAN (INVESTMENT LINK) UNTUK PERSARAAN ATAU SEBAGAINYA - pelaburan unit amanah yang hanya bermula dari RM10 dan boleh ditambah atau dikurang pada bila-bila masa.
 
10.SUMBANGAN TAKAFUL PERCUMA - JIKA PESERTA MENGHIDAPI SALAH SATU PENYAKIT KRITIKAL (36 penyakit kritikal)
 
11. TIADA KENAIKAN SUMBANGAN SEHINGGA UMUR 80 TAHUN - penentuan sumbangan permulaan adalah bergantung kepada umur peserta dan kelas pekerjaan. Selepas pelan Takaful diluluskan, peserta akan membuat sumbangan secara tetap sehingga berumur 80 tahun.

Prudential  BSN Takaful

Penerangan Pelan Prudential  BSN Takaful

"Jadi apakah pelan perlindungan takaful terbaik untuk saya dan anda?"

Saya menggalakan anda memilih Pelan Prudential BSN Takaful kerana beberapa kelebihan yang ada pada produk dan perkhidmatannya. Selain kemudahan kad perubatanya, kelebihannya yang lain adalah seperti berikuti:


 1)      Manfaat Perlindungan
  • Pampasan Kematian / Lumpuh
  • Kemalangan / Cacat Kekal
  • Elaun Tahunan Ketidakupayaan Kekal ( TPD )
  • Elaun Tahunan Sakit Kritikal
  • Sumbangan Percuma jika berlaku Penyakit Terhadap Peserta
  • Sumbangan Percuma Jika berlaku kematian , hilang upaya kekal atau penyakit kritikal terhadap pembayar ( bapa / ibu / suami /isteri )
  • 36 Penyakit Kritikal
2)      Manfaat Hospital
  • Kad Perubatan bagi membayar bil hospital antara RM500,000 hingga RM1.5 Juta secara ‘online’
  • Kemasukan terus ke lebih 60 Hospital Pakar yang menjadi Panel di seluruh Malaysia
  • Elaun Harian Hospital sehingga RM400 sehari
  • Elaun Pembedahan
  • Elaun Harian ICU
3)      Simpanan Pendidikan atau Persaraan
  • Pelaburan di dana-dana yang diluluskan di bawah undang-undang syariah sesuai dengan keperluan dan toleransi risiko
  • Kadar pulangan yang tinggi
  • Pelaburan boleh ditambah pada bila-bila masa
  • Membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan dengan hanya meninggalkan baki unit sekurang-kurangnya RM1000
 Sedikit penerangan mengenai jadual di atas :

(Bahagian B)

Non Claim Bonus atau NCB akan diberikan kepada anda yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : anda mengambil pelan TH 200 (Bahagian A). Pada tahun 2009 (tahun semasa), anda tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (sila lihat jadual di atas) akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan anda pada tahun 2010. Jika pada tahun 2010 pun anda masih tak membuat sebarang tuntutan, dan anda akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan anda) pada tahun 2011. Bagaimana jika anda tiada sebarang tuntutan untuk 10 tahun akan datang? Berapa Bonus terkumpul yang anda miliki? —– >
 
RM 300 x 10 tahun = RM 3000!!!

Akan tetapi, sekiranya anda ada membuat tuntutan pada tahun 2011, anda tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, anda tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.

Mengenai pelan hospital & pembedahan (Bahagian C)
dengan pelan TH150, anda layak mendapat bilik yang dikenakan dengan bayaran RM 150 sehari (Bahagian C1). Selain itu, setiap 1 hari bermula anda dimasukkan ke hospital, anda akan diberikan elaun RM 150 sehari. Jika 7 hari anda dimasukkan ke hospital, maka anda layak untuk mendapat elaun sebanyak RM1050.00.

Pada bahagian C2, ianya adalah berkaitan bil yang dikenakan kepada anda jika anda membuat tuntutan kepada Prudential BSN. Sila ambil perhatian keterangan saya pada bahagian ini:
Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Ini bermaknanya, Prudential BSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang anda ambil. (Rujuk Bahagian C1)..

Ringkasan ko-takaful (Bahagian C2)
(RM 300 < = ko-takaful :10% <=RM 1000)
Contoh 1 : Jumlah bil anda RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, anda perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala Prudential BSN akan bayar kepada hospital selebihnya iaitu RM 1,700.
Contoh 2 : Jumlah Bil anda RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Anda hanya perlu bayar RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara RM300 hingga RM1000. Prudential BSN akan membayar baki bil anda iaitu RM 4,500.
Contoh 3 : Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Anda hanya perlu membayar RM1,000 SAHAJA disebabkan had maksimum adalah RM1,000. Prudential BSN akan membayar baki bil anda iaitu RM 29,000. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas.
Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar (Bahagian D). Anda hanya perlu bayar 10% sahaja daripada bil yang dikenakan oleh pihak hospital kepada anda. Berbeza dengan bahagian C2 di atas, bahagian ini tiada jumlah minimum. Bagi manfaat ini, anda hanya perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim/buat tuntutan ke Prudential BSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim/tuntutan anda tidak akan diluluskan. Di bahagian F, Cuba anda lihat bagaimana dengan Pelan TH150, anda sudah memiliki had tahunan tanggungan keseluruhan sebanyak RM62,500. Dan di bahagian G, anda sudah memiliki had tanggungan seumur hidup sebanyak RM625,000. Jadi bagaimana jika kita rujuk kisah di atas di mana rakan kita memerlukan RM300,000 untuk merawat barah, adakah jumlah yang kita ada sekarang sudah mencukupi? Walaupun saya tahu saya perlu menyediakan pelan perlindungan untuk menghadapi sebarang perkara yang tidak diingini, tetapi saya juga perlu melihat bagaimana jika dalam keadaan mendatang saya masih sihat mungkin dalam tempoh 20 tahun lagi, apakah ganjaran yang akan saya dapat? Jadi Pelan Takaful Health dari Prudential memiliki kelebihan itu. Ini adalah kerana jika saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan hospital (saya tidak dimasukkan ke hospital), saya akan diberikan Bonus Ganjaran Tanpa Tuntutan. Inilah salah satu sebab mengapa saya memilih Pelan Takaful Health dari Prudential BSN ini.

No comments:

Post a Comment