Assalammualaikum..
Memang susah sebenarnya nak meyakinkan orang ramai tentang pentingnya perlindungan insurans . tiada kesedaran kerana tak kena kat batang hidung sendiri . selalunya orang yang akan mendapat kesedaran ini bila telah berlakunya sesuatu kemalangan atau apa sahaja yang memerlukan mereka mengeluarkan wang . masa tu baru la menyesal dan menyalahkan diri sendiri kenapa x amik insurans . bukan nak mengata tapi itulah hakikatnyer . sekadar renungan kita seandainya terjadi situasi begini :
Aini bukan nama sebenar merupakan anak sulung dari 4 beradik . ibunya telah meninggal dunia disebabkan diserang penyakit . pada usia yang br sahaja 23 thn dia terpaksa memikul tanggungjawab untuk menguruskan segala hal yang berkaitan keluarganya . dia seorang anak yang baik yang selalu membantu ayahnya untuk menguruskan hal rumah tangga . Aini adalah seorang student di UITM .
Langit tak selalunyer cerah ,kejadian ini berlaku ketika ayahnya sedang outstation . dengan x diduga sedang enak Aini tidur tiba-tiba dia mendapat satu panggilan daripada kawan ayahnya en. Hashim bukan nama sebenar . Dia memberitahu ayahnya masuk hospital disebabkan terjatuh dalam bilik air . dan Aini tak perlu bimbang kerana keadaan ayahnya stabil . dia juga menyuruh Aini datang ke hospital esok dan memesan supaya membawa adik2 sekali . Dengan sedikit kehairanan Aini berfikir kenapa perlu membawa adik2nya sekali jika tidak ada apa2 yang berlaku .
Keesokan harinya dia membawa adik2 nya pergi melawat ayahnya di hospital . setibanya mereka di sana alangkah terperanjatnya apabila diberitahu ayahnya telah meninggal dunia . bayangkan keadaan Aini ketika itu. Sgt memilukan . Sgt menyedihkan . Ibunya baru jer meninggal dunia 6 bulan lps .sekarang ayahnya pula meninggalkan mereka . Macammana dia nak sara adik2nya sedangkan dia masih belajar lagi . Adik lelakinya yang bongsu baru berusia 10tahun. Ya Allah.. sedih emaknya meninggal dahulu pun x abis lagi . ditambah pula dengan pemergian ayahnya pula . Hanya Allah sahaja mengetahui perasaan mereka . Inilah dugaan Allah .
Tidak rugi jika kita mempunyai Perlindungan Insurans . Walaupun telah meninggal dunia kita masih lagi dapat membantu famli kita . Sebagai ibubapa kita dapat membantu anak2 kita untuk meneruskan hidup mereka sehingga mereka betul2 boleh berdikari setelah ketiadaan kita . Insyaallah….